i'm a kid stuck in an adult's body

Tuesday, February 9, 2010

.2 minggu yang agak sakit.
.sekian.

Friday, February 5, 2010

pagi tadi, spt smalam.. aku tiba2 tersedar awal lagi.. boleh lihat dari tingkap bilik aku, mak aku baru nak pegi keje dlm suasana yg masih gelap. sejak akhir2 ni mmg tido aku tak lena.. semalam aku pegi jumpe doktor... hm.. kali ni mcm teruk jer.. kena sedut gas pulak.. dah la doktor tu siap tepok2 blakang aku. sakit plak tu, adeh. dia ckp utk bukak skit lung aku tu. aku igt aku okay. tapi doktor kata paru2 aku takleh nak pump oksigen. ha'ah mmg pun.. aku mmg susah nak bernafas 2 hari ni.. so pergerakan aku skarang jadi slow motion.. huhu. nak bgun kene pelan2.. nak jln kene pelan2.. wiu~ doktor tu suh aku jumpe dia lagi ari senin. nak tgk paru2 aku oke ke tak. yer la yer la~ nnt saye datang yer.

Monday, February 1, 2010

assalamualaikum.
hari ni hari isnin. 1 feb 2010. hari wilayah persekutuan.
hari ni bfast makan nasik lemak. tiba2 merasakan sudah lame giler tak memakani nasi lemak. oh sgt meng-appreciate nasi lemak itu.. mcm sedap tak terkata la konon..~ hari ni punye aktiviti adalah membuat tempahan kuih bahulu di Restu Rezeki kat jln kebun klang.. since parents aku pun cuti arini ni kan.. oh nasib baik ade map.. aku takpernah sampai sane.. oh selangor tak cuti kan.. patut la lalu depan skola ramai orang. pekerja restu rezeki sangat peramah.. yer, dpt mkn food testing secara percuma.. disambut dgn baik dan tiba2
"bile majlisnye? ni ke yg nak kawin?"
"oh tidak tidak.. abang saye yg nak kawin"
iyer.. sudah biasa sgt aku dengar pertanyaan sebegini..terutama bile pegi pameran2 pengantin. kerana aku la yg kelihatan sgt sibuk..
acara memakan makanan percuma.. nyam nyam.. okeh okeh.. dah set nak ape.. mak aku yg pilih nak jenis yg mcm mana.. tiba2 sedang aku menulis alamat rumah di kertas deposit..
"adik ni baru balik tusyen ke?"
"ha?"
"yer la.. akak pikir jugak tadi.. tak skola ke arini.."
"err.. tak kak.. saye kat uitm shah alam skang.."
haha.. aku tanak ckp ape2.. tapi korang pun leh agak aku nak ckp ape kan. adakah itu bermaksud aku mcm budak2? atau nampak muda? atau sengal? haha.
dah salam2 sume.. terima kasih terima kasih sume.. start enjin kereta gerak ke jln masjid india pulak. hai..~ ni kang ade la orang tu tanye aku "pegi lagi?"
adeh.. kali ni nak amek baju yg ayah tempah kat wisma yakin la.. ayah tempah baju kat Den Wahab.. ehm.. hari ni jln bertiga saje.. aku, mak dan ayah. aku mmg suka abiskan masa dgn parents. ade masalah ke korang?
-
oh.. baru lepas ym dgn iylia... aku sangat happppyyyyy....~~ dan terharu.. huk huk huk.. kawan baik aku dirisik orang... dan bakal ditunangkan dgn lelaki pilihannya.. isk isk isk.. nasib baik jauh, kalo tak aku dah peluk2 kau dah iylia.. insyaAllah.. majlisnya dlm bulan Mac.. ehm.. aku sgt gembira.. iylia nak tunang oke? percaye tak? dan insyaAllah juge.. 3 bulan kemudian.. giliran kin pulak.. isk isk isk.. aku sgt terharu dan gembira.. tak sabar tak sabar.. oke dah la.. jom gi tgk tv..

Sunday, January 31, 2010

sile jangan tanye aku kenape aku letak lagu ini di sini.
dari petang tadi.. aku berusaha mencari lagu ini.. yg buatkan aku teringat kepada cerita ratatouille.. sebab sejak akhir2 ni.. aku sgt suke menonton AFC dan minat aku terhadap masakan dan makanan adalah meluap2..
song by Camille - Le Festin [my dinner]

weyh mat.. kau tu dah susahkan ramai orang.. kau sedar tak?
ataupun kau sebenarnye tak sedar yg kau sedang membuat salah? salah dan takut adalah 2 perkara berbeza. aku mmg malas nak ckp byk ngan kau.. walaupun mmg selama ni aku ni byk mulut. sebab aku tau.. kau tak suka sgt nak membincangkan hal2 peribadi kau. tapi aku rasa kau dah buat langkah yg tak bijak. kita ni dididik utk jadi seorang yg bijak pandai.. dan spt semua org tau, kau lagik bijak dari aku. kite diajar utk berfikir. aku mmg tak handal bila bercerita ttg kehidupan. tapi aku tau kehidupan itu yg selalu mengajar aku.
-
mintak maaf aku berkasar sedikit. aku tak kisah dikasari oleh kau.. tapi aku sgt kisah bila kau cuba mengasari perasaan org2 yg aku sayang. dan dah tentunya mereka juga adalah orang yg kau sayang. aku mintak maaf.. tapi kau masih tak bijak untuk mengawal situasi dan keadaan di sekeliling.. ape salahnya kau berterus terang. kau takde orang lain. kau hanya ada kami. aku taknak kau anggap kau terlalu hebat di luar sana.. sebab terlalu ramai yg memuji kau berbanding aku. aku berusaha untuk memikat hati orang2 lain supaya menyukai aku. tapi kau hanya perlu gunakan otak dan kepakaran kau utk menambat hati mereka.
-
mintak maaf. aku tak boleh terima cara kau menyelesaikan masalah ini. antara aku dan kau.. aku lebih banyak berpeluang melihat air mata orang2 yg aku sayang berbanding kau. antara aku dan kau, aku lebih kerap ditegur tentang kesalahan2 aku. dan kerana teguran2 itu yg menjadikan aku seorang manusia. aku mintak maaf terpaksa berkasar.. kalau kau seorang yg bijak berfikir, sile atasi masalah kau ini dengan cara org dewasa. berdepan dgn aku.. dan org2 yg aku sayang ini. dan aku mmg pasti.. selepas ini, kau jugak akan bercakap ttg aku di belakang aku. knp? kalau kite ade masalah.. sile selesaikan cara dewasa.
-
satu je aku mintak.. kat sini aku nak ingatkan kau... aku pernah buat seorang ibu mengalirkan air matanya.. dan kepedihan itu buat aku terasa sampai sekarang.. aku taknak kau lakukan perkara yg sama. setelah apa yg kite lalui bersama, sesungguhnya aku takkan benarkan air mata itu jatuh lagi. sile faham~

hi..~
ari ni ari ahad.
tu bermakna semalam adalah hari sabtu.
dan sudah pastinya esok tentulah hari isnin kan
haha
-
ari ni aku agak kepeningan kepala. sumpah, mlm tadi tidurku tak lena. mintak maaf.. aku terpaksa silent kan phone mlm tadi.. semalam langkah ku dipanjangkan lagi ke kedai kain encik jakel.. ehm.. oh oh.. sampai staf disitu pun dah kenal.. dan utk kesekian kalinya berlaku lagi ke-kimia-an dgn dia.. oh apekah? itu hanya kebetulan kan? [oh, sile tolak ttg beberapa kali aku dah mimpi pasal dia]. after balek dari soping, ayah ajak ke melaka pulak. ade family matters skit kat sane.. discussion.. sungguh tenang kampung pakcu kan.. smalam aku lepak kat umah kampung tu, rasa mcm anak dara yg duduk di tepi tingkap menanti pinangan orang. hahaha~ ehm.. kalau prof itu tau, tak sbar2 masuk minang agaknye.. :-P
-
arini aku tak bercadang nak kemana2.. sebab otot2 ni mcm jadi lemah. tu la.. dah seminggu kau tak joging kan aini? ehm.. arini ade orang ajak aku ke shah alam.. heh.. org tu mesti tau la aku ckp pasal dia.. tah la.. aku rasa aku tak pernah berkesempatan nak bercerita ttg dia kat blog aku ni.. actually ade jugak terselit sebelum ni.. tapi skit2 jer.. tapi aku rasa aku sgt menghormati dia.. dia mmg lain dgn lelaki2 yg aku kenal sebelum ini.. heh.. tapi dia selalu kata.. "saya kena berpijak di bumi yang nyata" heh.. yer betul tu... well.. seloli seloli <--- jika dibaca ia sepatutnya adalah slowly slowly, haha..
mungkin ttg org2 lain.. aku boleh bercerita bebas dgn mak aku.. tapi taktau knp, utk bercerita pasal dia dgn mak, ia setakat tersekat di tekak aku.. tak kuar kat mulut.. it takes time..
ah dah la.. aku nak pegi menelan 2 bijik makanan yg dinamakan ubat atau dgn lebih spesifik dikenali sbg panadol.

Thursday, January 28, 2010

okeh 1st, aku nak ckp aku bengang. 2nd aku nak ckp aku terkujat giler. 3rd aku nak ckp.. wa kena beb~! 4th aku nak ckp.. lawak la pulak!
-
just now someone call me. dlm kul 1.30 am tadi. pastu tiba2 dia ckp..
M : eylo..
A : ha mal..
M : sape ni..?
A : ha?!
M : sape ni...
A : eyh! aini la..?
M : oh ha aini.. kenape call mal ni?
A : ha??!! mal yang call aini la!
M : ha...? eh..
A : ape mal ni? mengigau ke ape?
M : eh.. skang kul brp..?
A : 1.30
M : oh.. awal lagi..
A : mal? r u ok?
M : ok je... hm.. mal ke call aini? abis aini call sape?
A : la.. aini manade call sape2!
M : ha?!
A : eeeii... mengigau ke ape dia ni..
-
tiba tiba
M : wahahahahaha... mal saje je la..~
-
ya Allah.. tau tak.. jantung ni mcm nak gugur terkejut..
jangan buat lagi tau mal!

halo.. tadi aku jln2 di blog org.. aku mcm tergerak hati nak pegi tgk blog seseorang itu.. tah, aku tak kenal pun dia.. tapi aku just dengar ttg dia dari cerita orang je.. hmm.. blog aku, hak aku la kan.. blog orang, hak diorang la kan.. aku baca posting2 yg ade kat blog dia.. then aku tersenyum sorang2.. aku taktau knp aku boleh senyum.. sebab aku tak rasa senyuman aku itu adelah senyuman gembira. tp more to senyum sinis. heh. aku bayangkan kalau aku tgh senyum sinis sambil memberi pandangan yg bermakna pada seseorang. bak kate xbf aku.. dia tak berani pandang mata aku time aku bercakap, sebab dia kate pandangan mata aku sgt dalam. heh.. ntah la.. taktau kenapa skarang ni, aku lebih gemar memerhatikan perangai dan sifat orang. aku nak amik cas positif mereka.. dan buang cas negative yg ade kat aku.. tadi, selepas hantar iylia kat umah dia, aku bgtau.. aku baca kat 1 blog.. seorang perempuan yg lemah dgn hati dan perasaannya.. selalu menangis utk meratapi nasib yg terjadi kat diri dia.. lebih2 lagi bila berkenaan dgn lelaki. aku bgtau iylia.. its not even worth it utk menangis dan tunjukkan pada semua orang bahawa diri kita lemah.. org disekeliling kita mungkin berusaha utk memujuk diri kita, tapi kita akan dianggap lemah.. oh kenapa..~ sgt murahkah air mata seorang prempuan. aku rasa, kalau dulu.. aku tak mampu nak ckp camni.. sebab aku ni mmg la seorang yg sng menangis. huhu. tapi, aku rasa.. diri aku, aku seorang yg patut jaga. menangis pun bukannya membantu keadaan. kalau la setiap air mata ni kuar duit.. oh yer mmg la slalu aku nak nangis! heh.. tu yg buat aku tersenyum sorang2 bila baca posting dia.. sebab aku bayangkan dia adalah aku yang dulu.. heh.. [masih sedang senyum nih]. dan aku akan ingat BFF aku ckp "ko igt kitorang nak tgk muka sedih kau tu?" haha. jadi kuat babe! girls out there.. igt yer, hati kita, tanggungjawab kita seorang utk jaganya. sebab takkan ade orang lain yg tau sejauh mana kegembiraan atau kehancuran hati kita..
-
-
p/s : i'm in open relationship with Nur Aishah Rosnam. hahahaha.. awal2 iylia dah gelakkan aku.

JODOH

aku dpt dari 1 forum..
-
-
'Jangan terlalu memandang bintang di langit hingga kita terlupa rumput dibumi.'
-
Tidak,
Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia
bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya
jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya
singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35
tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan
untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu
dalam doa2 lewat sembahyang. Allah mendengar.
-
Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk
lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan
biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman
kemudian nanti.
-
-
seorang teman pernah berpesan,

'Kadang2 Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar..
Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi..' '



`Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas
kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.
Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang
lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada...
-
-
aku baca dan aku sekadar tersenyum..
mmg sejak akhir2 ni aku lebih kerap tersenyum walaupun hati tak tenteram..
pada 2 org kawan baik aku, jodoh kaurang makin dekat. aku doakan yg terbaik utk kaurang berdua.. =)

Wednesday, January 27, 2010

last nite aku tgh borak2 dgn sorang kawan kat ym.. tiba2 BFF aku call..
-
"aini, jom kuar nak? aku blanje?"
"hoh? oh yer! arini 26hb kaaan! ko gaji today kan?"
"hehe.. a'ah.. jom.. "
"bila nak kuar?"
"lagi 20 mins ke? tolong amik aku kat lrt bole?"
"orait.. dah roger yang lain tak?"
"belum lagi.. pasni aku call dorang"
"oke, see u then. aishah belanja woooo~~~"
-
besh betul... pas amik kin kat umah,aishah kat lrt dan amik iylia kat umah dia, kitorang gi old town white coffee south city plaza.. weee.. kin boleh siap tak bawak wallet langsong. huh! haha.
oh oh.. biasa la.. girls talk. kate aishah "aku sangat happy bila bersama kaurang.." hehe.. macam ade good news kan mlm tadi.. bila 2 daripada mereka bgtau.. planning nak bertunang.. OMG~ i'm so happy..! aaii.. merancang same2 ke ape korang ni? takpe la.. as long korang happy.. aku doakan yg terbaik je utk kaurang oke..
-
ehm.. pasal entry aku kat bawah2 ni.. aku mintak maaf la pada sape2 yg terasa hati.. pada kawan2 aku.. aku ni manusia biasa. byk sgt kesalahannya.. jgn salah faham..

Monday, January 25, 2010

hm.. aku tiba2 teringat.. aku tak update pasal gathering skola aku sabtu lepas..

sabtu lepas.. hari yg agak membizikan.. aku dan mak kena pegi jumpe tailor.. utk fitting baju yg dah ditempah 2 minggu lepas. actually aku tempah 4 pasang sempena wedding abang aku.. tapi aku mintak kak ita tu buat sepasang dulu.. sbg guide line utk ukuran baju yg lain2 tuh... aku sgt la hepi tersangat.. sebab 2 minggu lepas punye ukuran utk baju yg baru aku fitting sabtu lepas.. kak ita kate baju tu knp mcm nampak besar kat aku. oh yes! "kak ita... nnt bila2 kalau saye suh kecikkan lagi.. akak tolong alter eh.." hahahaha.
-
lepas gi jumpe tailor.. sebab ari tu aku ckp.. aku sgt teringin nak makan salmon.. aku ajak mak aku gi kl cici.. nak mkn manhattan fish market.. huhu.. sampai2 jer, aku duduk, takyah bukak menu.. terus panggil waiter tuh amik order. hahahaha..
-
balek dari klcc.. aku gi amik aishah kat umah dia.. iylia ngan kin dah pegi dulu.. gathering kali ni.. kitorang buat kat x-tion paintball park kat bukit jalil.. takde la ramai sgt pun.. dlm 20 org je kot yg dtg.. tapi yg main paintball dlm 12 org jer kot.. tak cukup org.. aku pon tanak main.. pasal aku sangat taaakkoooottt.. puas kena seret, kena pukul, kena perli oleh kawan2 yg memaksa aku utk main.. buat la ape saje.. aku tetap tanak maaaiiin.. bunyi gun tu saje sudah menggerunkan aku.. huhu.. so.. sudahnye.. keje aku menangkap gambar diorang saje la..~ well.. actually ni 1st time aku tgk org main paintball.. dan lepas game tu.. aku rasa.. maybe next time kalau ade lagi.. aku akan main kot.. sebab ia kelihatan sgt menyeronokkan! tapi betul la.. kalau kena tembakan jarak dekat.. lebam juge tgn dibuatnye.. kawan aku siap ade yg cedera lagi kena 2 das tembakan.. walaupun tak ramai yg datang.. aku rasa.. we're having such a great time~ oi, bob nak kawin bulan 2.. tau tak? hehe

lepas game.. aku, kin ngan aishah gi lepak umah iylia kejap. dah magrib kan.. igt after that nak pegi karok pula.. tapi mcm tak sempat je.. so, kitorang just pegi mengabiskan masa dgn mengenyangkan diri di chop & steak serdang.. biasa la.. girls talk..~ oh aku sgt suka berhangout dan berchatting dgn BFFs aku ini..

tu saje la flash back dari aku utk kisah hari sabtu~

oh aku sangat suka today..~
mula2.. sebab ayah aku baru pulang dari obersi mlm td. dan emak pula mc. ah, tapi sebab dia tak sehat la.. kesian dia.. dan arini.. aku dah janji dgn makcik aku utk lepak lagi di kedai..~ pasni.. sape2 nak carik aku.. carik aje la kat restoran depan hentian bas kajang tu eh.. panjang umur aku, ade la aku kat situ. hari ni sempat gak aku gi usyar kad kawin utk abg aku kat kadkahwin.com. kedai dia ade kat dlm hentian bas kajang tu je pon. jln kaki dari kedai, panjat tangga - oh dah sampai! hmm... ni pes taim okeh aku usyar2 kad kawin di kedai. tade pengalaman lagi.. seb baik cik ina ade.. oke along.. next time - sile pegi bersama2 dgn saye okeh.
-
oh hari ni.. jumpe kawan2 cik ina and kenal org baru lagi. sorang stewardess, sorang model. sampai skang aku masih tak igt iklan tv yg mane satu yg abang ni jadi model. aku mcm perasan muka dia, tapi sumpah aku lupe iklan ape. urgh ape yer ape yer. hmm, tapi kakak tu agak baik dan sgt peramah. aku amik no fon dia.. just in case.. kalau ade bisnes baik, bole calling2 kan.. entah la, aku rasa.. sejak akhir2 ni.. selepas apa yg berlaku.. aku perlu keluar dari dunia aku sebelum ini.. dan menjadi lebih terbuka di luar sana. oi, buka ape ha? haha. maksud aku.. buka minda, buka mata, buka hidup aku dengan perkara2 baru dan kenal lebih ramai orang..
-
ehm.. oh.. sebenarnye sejak akhir2 ni.. ada je lelaki yg sudi nak ajak aku keluar..bukan sorang, tp 3 orang. i'm so happy actually! haha. bukan aku nak kate saham aku tgh naik atau konon nampak mcm hot sgt la ko ni kan aini.. ah! ngok ngek betul ko ni aini.. aku takdela kate dorang suke aku ke ape.. aku pon tak rasa mcm tu sebab aku berkawan dgn semua orang. dan aku terima semua orang pada kadar yg sama.. tapi mungkin la ada di antaranya yg berjaya tambat hati aku.. hehe.. ehm.. tapi sebab aku rasa.. soal lelaki bukan jadi kepentingan aku sejak akhir2 ni.. aku byk habiskan masa dgn family dan kawan2.. dan aku rasa.. kalau dulu, aku lebih pentingkan seorang lelaki, berbanding luangkan masa dgn family dan kawan2.. this time.. aku perlu pentingkan diri aku, family aku dan kawan2 aku dahulu.. ape2 yg berlaku selepas ni.. aku tak mintak dan aku tanak berusaha sebenarnye.. sbb aku tanak jadi hamba pada hati lagi.. terlalu ikutkan hati, sampai otak aku jadi tak bijak utk berfikir. skang ni pun, aku selamba jer cerita pasal dorang kat mak aku..
"mak, ade kawan org keje kat kuantan ajak kuar la.. what do u think?"
"mak, ade sorang tu.. dia selalu call and msg org.. what do u think?"
huh, gile ape. anak mak ke ko ni skang aini? haha
-
mintak maaf guys.. tapi aku perlu sayang keluargaku dahulu.. kalau ade jodoh, ade la kan. (^_^)
-
brp byk 'oh' dlm cerita ini. haha~

Friday, January 22, 2010

hi assalamualaikum..~
hari ni aku rasa.. aku nak gelar hari berborak je~ haha.
aku bgun pagi.. [tak berape nak pagi sgt], jerit melalui tingkap bilik aku ke car porch "along! nak pakai kereta eh?!", siap2 mau ke kajang.. ke restoran nenek. oh yer.. nenek ku punyai sebuah restoran di depan hentian bas kajang yang bernama Selera Bonda.. dgn satu tujuan satu harapan utk berjumpa makcik terchenta.. Cik Ina~ ade la halnye.. hal bisnes skit.. ngeh ngeh ngeh.. aku rasa.. aku terpacak kat kedai tu dlm pukul 11 pagi.. tapi aku boleh duduk berborak dgn cik ina sampai pukul 4.15 petang. giler buat mcm kedai sendiri kan. oh terlupa, mmg kedai sendiri kan? haha. borakan terbenti pun pasal cik ina nak balek sbb cik shamsul dah balek umah.. so kena la dia balek jugak.. then baru kuar dari kedai.. aku terniat nak tefon kak hanim.. tunang abang aku. since dia pun duk bangi.. aku just give her a call if dia nak kuar minum2 petang. ok set. 10 min kemudian tunggu di bangi kopitiam. ek eleh.. padahal bangi kopitiam tu depan umah cik ina je tu. hahaha.. kuar kedai lain, masuk kedai lain. abis berborak dgn org lain, sambung berborak dgn lain.. basically.. keje aku arini menjadi pendengar yg baik jer..
-
esok.. hari bersama bonda pula.. hm, aku nak mkn salmonnnn...!! mane nak carik salmon yg best ha? i'm thinking about manhattan fish market..

Wednesday, January 20, 2010

its hard to say i love you.. =)
when your love is not belong to me..
-
silent
love


Monday, January 18, 2010

THANX

yer, kau tak berhutang lagi dgn aku.
terima kasih.
aku harap kau bahagia.


i'll give back your heart.






and


I'll take back mine..

thank you, but i think i'm okay. =)


Sunday, January 17, 2010

ya Allah.. tolong la kuatkan semangat aku..
berikan aku kekuatan.. fuh.. sabar aini.. everything's gonna be okay.. stay out from any problem.. biar aku sorang jer yg rasa tak ape.. jgn org lain tau ape yg aku rasa.. ia takde kena mengena dgn orang lain.. cuma hanya ttg aku, perasaan aku dan hati aku.. aku cuma perlu jarakkan diri aku dgn dia.. aku perlu.. wiu..~ monolog dalaman yg dliuahkan melalui papan kekunci.. ehm.. sayang diri sendiri sebelum sayang orang lain.. oke.. ngantok!

Saturday, January 16, 2010

YOU ARE PINK!

tadi aku wat quiz kat facebook.. and this is the result..
Ainiey took the "Which color best suits your personality?" quiz and the result is You are Pink! .
-
You are pink! You are a fun loving, bubbly person. You love your friends, you love your family, you love just about everything! You are probably often described as "cute", and you like it that way. You are usually a little superficial, you don't really like to take things deeper. You can definately have a bit of a temper, but you get over things quickly too. Your relationships are based on fun and adventure. You are a good mix of white and red - passionate and a little lusty, but with an innocent charm. You may be a little spoiled, but that's okay with you. You are probably pretty secure with who you are. You are energetic, but not overly so (like reds, yellows, and oranges). You don't mind giving in to other people sometimes. You like being in the spotlight, and being recognized for your accomplishments. You love spending time with your friends. In fact, you probably hate being away from them. Being alone is not something you enjoy at all. Your friends know that with you, they will always be loved and havea great time. You, in a nutshell: Cute, bubbly, happy, a bit of a diva, friendly, confident, loving, fun. PINK!
-
-
pas buat quiz ni.. aku mcm teringat kisah2 dulu.. sumpah dulu aku mmg menyampah giler dgn warna pink.. sebab dulu kecik2 sampai zaman skola, aku ni tomboy skit.. tomboy byk kot? favourite colour aku kalau tak hitam mesti biru.. uisy.. baju kurung raya yg setaun sekali pun mesti nak colour biru.. mmg aku tak suka betul ape2 yg berkenaan dgn feminin2 nih.. yucks~ haha.. pastu mmg menyampah giler kalau tgk org pakai baju pink.. especially perempuan2 yg so girrllly..~~ OMG, rasa mcm nak tendang2 jer.. rambut aku tak pernah panjang masa skola dulu.. asal dah cecah leher je kang aku pi potong balek.. sampai penah 1 masa lepas aku potong rambut tu.. mak aku sampai ckp.. "haisy.. mak rasa mcm jln sebelah lelaki mane la tadi.. rambut dah pendek.. dipendekkan lagi.." hehehe.. panas la mak..~ aku tau ayah aku pun tak suka aku berambut pendek. sebab penampilan aku mempengaruhi perangai aku.. faham2 sudah la~
-
lepas skola, aku gi sambung diploma.. aku mmg rasa sgt ssh nak menyesuaikan diri dgn kawan2.. bila masing2 nampak mcm sgt 'perempuan'.. nak pakai kat muka mcm2 la.. kang baju ade mcm2 aksesori la.. haha.. dari situ kot aku blaja.. hehe.. dan jadi la mcm skarang ni.. mesti takcaye kan.. aku rasa daulat pink ni.. amek kau.. dulu kutuk sgt kan.. haha.. skarang ni.. everything pun.. must be pink~ housemate umah sewa aku dulu sampai ckp "eh.. cemane kumpul brg2 pink ni.. ade pulak eh?" mmg sentiasa ada.. cuma perlu cari aje.. almari, drawer, cermin, penimbang berat, langsir, colour bilik, toilet, hiasan toilet, gelas+cawan, jam loceng, bantal2, laci aksesoriku, beg skola, bakul sampah, puncher, fail, laptop, mouse, lapik kaki, hanger.. haha.. mau lagik? tu la.. jgn benci sgt ngan kaler pink ni.. kang kenan pink kang.. cam aku.. skang ni.. aku tak pernah terniat pula nak memendekkan rambut ini.. malah kucuba menjaga dgn baik.. haha.. dulu ade dipotong2~
-
hehe.. antara brg2 pink aku..~

2.51 am.
masih belum mau tido.. taktau ape aku fikirkan.. mcm2 yg ade dlm kepala. ada ketika teringat dia, ada ketika bingung fikirkan majlis along, ada ketika fikirkan keluarga dan kadang2 terlintas pulak muka puan linda kat dlm kepala otak.. hmm.. pinggang aku masih sakit sebab memandu pegi dan balek dari singapore. atau mungkin sebab utk 2 ari ni, aku tido dlm pelbagai keadaan.
-
tadi aku keluar.. dgn seseorang.. yg dah lame aku tak jumpe.. hanya utk bertanya kabar katanya.. well.. tak salahkan seorang kawan nak tanya kabar kawannya. sejak 2 menjak ni, soalan tipikal kawan2 aku tentu lah "awak mcm mana? ok ke?" termasuklah si dia ni.. ofcoz la aku tak ok kan.. tapi takkan la aku nak tunjuk kat semua org bahawa aku tak ok camni kan "helo world! aku sedang tak ok!" haha..
-
kawan2 aku ckp.. berilah peluang pada org lain pula.. heh.. perkara yg sgt2 aku nak elakkan buat masa terdekat ni.. belum masanya.. kawan2 aku ckp lagi.. aku perlu benarkan org lain masuk dlm diri aku utk tlg aku lebih cepat lupakan dia.. heh.. kawan2ku, aku tau korang risaukan aku.. tapi, aku belum bersedia utk semua ni.. hidup aku skang dgn BFFs aku jer pun.. kalau aku ckp aku keluar tu, majoriti dgn diorang la.. ade beberapa kawan yg lain yg ajak aku keluar pun.. aku terpaksa menolak.. bukan sbb aku taknak jumpa.. tapi aku rasa.. aku perlu bernafas spt biasa buat seketika..
-
utk seseorang juga.. thanx sebab teman aku selama ni.. even aku menangis pun, dia sanggup dengar.. heh.. dia mmg seorang teman yg baik.. dan mungkin dia mmg tau aku pernah suka kat dia.. tapi jgn risau.. aku tau batas seorang kawan..
-
eh.. menguap pula.. ha bagos la.. mmg aku tunggu pon..
3.19am.
selamat mlm pagi kuala lumpur

woi~! aku tak carik gado ngan kau.. knp kau nak carik gado dgn aku?
aku dah cukup berusaha utk bersopan dgn kau.. tapi kau yg suka melontarkan kata-kata kurang hajar.. kau igt aku ape? takde perasaan? kau fikir kau punya tension jer.. aku punye tension kau tak fikir~ kau fikir kau punye panas jer.. panas aku , takde plak kau nak fikir~ argh! dah la.. jgn ganggu aku lagi!

Friday, January 15, 2010

hi assalamualaikum..
aku baru menselesakan diri after pulang from singapore.. sudah mengganti tidur aku yg tak berapa nak cukup utk 2 ari nih..
yup~ aku pegi jugak ke singapore.. sebab aku rasa lebih elok kami berempat pegi 1 family.. entry sebelum ni aku ckp aku tak pegi kan.. tapi tengah mlm tu.. kitorang decide utk pegi jugak.. aku drive from ayer keroh selepas ayah aku tak larat nak bawak kereta.. shoot sampai gelang patah, baru tukar dgn abang aku.. [kes aku taktau jln nak masuk singapore]
dah berbelas tahun kot aku tak masuk singapore.. ya Allah.. menyesal pula.. bila ada sesuatu berlaku, baru nak pegi sane.. yup.. kami kehilangan paklong.. last aku jumpe dia pon masa wedding cousin aku kat johor tahun lepas. hmm.. balek dari singapore semalam.. aku drive from tangkak sampai la umah.. takkan la nak bg abang aku bawak.. dia nak keje lagi ari ni.. so sudahnya aku yg kepenatan sampai umah pagi tadi..
-
hm.. ok.. utk cousin aku kat singapore tu.. aku harap kau tabah.. dan aku tau kau mmg tabah.. kitorang kat sini mmg sentiasa care pasal kau..
dan semoga arwah paklong ditempatkan dlm org2 yg beriman.. alfatihah..

;;